Saturday, December 31, 2005 

Soccerstar: Rancangan paling bangang dalam Astro

Bunyik macam gempak... konon sape menang akan menjadi pemain terbaik dunia. akan pergi ker Fulham main bola. Bunyi jer gempak, tapi bila tgk rancangan dia, macam gampang. bodoh nak mampus.

Berlatih macam budak skolah main bola time pendidikan jasmani. terbaru aku tgk, (bukan tgk slalu pun) dok trim rambut. BODOH!!! ape kene mengene rambut ngan bola? bangang btol la... kalau rambut bagus, main cam becham ker? terer dr ronaldinho ker? PLZZZZZZZZ lah...

aku tgk sekor2 main, beruk main lagi bagus... sumenyer nak main untuk diri masing2 jer... bila org kritik, taknak mengaku, mempertahan diri. mengata org yg kritik tuh yg salah. dia jer yg betol.

Main bola, lawan akyik kalah jer. mendenyer camtu?

Time lawan PDRM, macam beruk. bergaduh. yg beshnyer, coach pon same naik. coaah nie poyo jer lebih. sebab jie ni nak tonjolkan diri, kot2 manela tau, lepas nie sape2 leh offer utk negeri. macamla aku tak tau... nak tonjolkan diri la konon. tapi mase game, lawan sape pon kalah...

Biler bergaduh, macam budak2 skolah jer, memalukan. tak kisahla sape yg stat dulu. tapi kalau profesional, kenela elak dr bergaduh. yg coach pon same naik ngan player. sepatutnya dia kene denda pemain dia sebab bergaduh. ini bukan main pendidikan jasmani kat skolah. ini pro..

patut la budak2 PDRM kate, "nak main luar negeri? simpan jer la .. main kampong pon tak layak"

memang kene batang idung pon.. main macam kampong.. ntah ape2...

Thursday, December 29, 2005 

Elyana, awek paling cun 2005

Hehe... aku adalah peminat elyana yg paling setia... wakakaka... dia nie mmg cun. aku tak tau nak cakap camne dah... tambah2 kalau dia pakai skirt.. pergh... boleh meleleh org tgk... perangai pon baik, tak mengada2.. tak over... just nice... aku harap dia akan pergi lebih jauh dlm dunia seni ini...

Wednesday, December 28, 2005 

Makanan Paling Sedap di DUnia

Pada suatu hari, adalah seorang pelancong pergi ke sebuah kedai makan di satu bandar. dalam keadaan yang cukup lapar, dia pon mengorder la makanan di situ. Seorang pelayan pon bertanya,

Pelayan: Encik nak makan ape?

Pelancong: Saya nak makan makanan yag palig sedap kat sini. kalau makanan itu betul2 sedap dan boleh memuaskan hati saya, saya akan bayar 3 kali ganda dari harga sebenar.

Pelayan: Pelayan itu pon terus termenung dan memanggil ketuanya

Ketua Pelayan: Ye encik, saya dipahamkan yang encik inginkan makanan paling sedap di sini.

Pelancong: betol, saya akan bayar tiga kali ganda kalau betul makanan itu sedap dan boleh membuatkan saya berpuas hati.

KP: kalau macam itu, encik kena tunggu lagi 1 jam kerana makanan ini memerlukan masa yg cukup lama kerana memerlukan penelitian dan konsentrasi supaya ia akan menjadi cukup lazat di dunia.

Pelancong: Baik, saya akan tunggu, tapi kalau tak sedap, saya mahu percuma sahaja.

KP: Baiklah, saya setuju

setelah sejam menunggu, makanan yang ditunggu2 sudah pon sampai.

KP: Encik, makanan sudah siap. silalah mencubanya.

tanpa membuang masa, pemuda itu pon terus memakannya tanpa membuang masa.

Pelancong: sedapnya makanan ini, apa yang kamu masukkan dalam makanan ini sampai saya mahukannya lagi. dan tolong buat lagi untuk saya.... tolonggggg!!!!!! saya nak lagi

KP: tidak ada apa yg istimewa dalam masakan ini encik.

Pelancong: habis, kenapa saya makannya dengan begitu sedap skali?

KP: tidak ada apa yg istimewa, hanya nasi yang digoreng biasa dan diletakkan sebiji telur goreng berharga RM20.00

Yang membuatkan encik makan dengan sedap adalah kerana encik terlalu lapar dan mahukan sesuatu untuk mengisi perut encik yang kosong itu. jadi dengan pepatah yang mengatakan " Makanan paling sedap di dunia adalah Lapar", saya hidangkan kepada encik sejam selepas encik order, untuk memastikan encik betul2 lapar.

Jika encik berpuas hati, sila ke kaunter pembayaran. harganya RM60.00 terima kasih.

Pelanong itu pon terkedu, lidahnya terkelu tidak berkata apa-apa dan terus pergi ke kaunter dan membayar.

sekian...

Friday, December 09, 2005 

Kehidupan tanpa telefon bimbit-Memoir seorang pengguna.

Hari ini masuk hari ke-3 nokia 3660 gua kong.Ngam-ngam setahun wa beli dia boleh rosak pula.Memang malang bila wa check resit pembelian tu hanya tamat seminggu yang lalu warantinya.Agak tension jugalah sebab telefon bimbit adalah antara nadi kehidupan gua ketika bekerja.Hendak tak hendak terpaksa lah gua menggunakan semula nokia zaman dinasour gua 3310 dengan tanpa rela hatinya.So, marilah kita lihat kehidupan berkenaan dengan telefon bimbit.

Hanphone lama wa?Perit jugalah memandangkan kondisi 3310 ni baterinya agak teruk juga.Tambahan pula, memori simpanan nombor juga tak banyak, jadi wa terpaksa bergantung sepenuhnya pada memori sim.Agak janggal juga kerana sudah terbiasa dengan skrin berwarna, tiba-tiba beralih arah secara terpaksa..eh eh delivery report dalam bentuk msg?lama tak pakai lupa pula pada fungsi ini.ala 3310 ini dah banyak berjasa dalam era gua memikat makwe wa skan ni ahaks..jadi,nampak tak betapa meningkatnya keupayaan serta pembangunan telefon bimbit?

apa yang kita boleh buat dengan telefon pada zaman sekarang?ermm lu boleh buat panggilan/terima (seperti biasalah), SMS (ini penting bagi kita sekarang), MMS, menyusun kalendar peribadi, merekod gambar-gambar serta bunyian, kalkulator (!), kamera (yes!) mahupun WAP!( yeah wap.jiwang.org memang peberet terkini gua termasuk erry's world & Ezral juga) dan sebenarnya ada banyak lagi fungsi yang tak tertulis oleh gua disini.

Model beserta penyedia khidmat terkini menyediakan khidmat-khidmat terkini seperti EDGE, GPRS, 3G(nope, gua tak ulas benda terkini ni)etc..wah wah..bagi gua?cukup lah jikalau mampu memberikan khidmat GPRS terbaik serta perisian MP3 dikala sedang menunggu bas semasa pulang dari kerja.Yup, gua juga Penyokong Perkhidmatan Pengangkutan Awam Malaysia :P

Juga terdapat model-model terkini yang ermm sesuai dengan gaya serta jantina seseorang.Yang ini pun wa tak ulas.

Sebahagian dari kehidupan.

Jalan-jalan bandar, terserempak pula dengan rakan lama..common word to hear them shriek.."hey, what's your mobile number?"..ermm kegunaan yang pasti kan?

bahkan mat-mat indon serta mamat-mamat bangladesh disini pun tak terlambat dalam pengunaan teknologi terkini ini.(walaupun dalam pemerhatian terkini gua, kebanyakkan mereka masih lagi kekal dengan model tanpa kamera, tetapi mesti lengkap dengan perisian polifonik!).Tak percaya?pasang telinga bila mana anda sedang bas awam, pastinya akan terdengar bunyi-bunyian seperti klip lagu-lagu dari Peter pan, So7, kris dayanti etc.

Budak-budak sekolah?huh, kalah kontraktor kelas "F" bila bab menggunakan handphone!zaman kita sekolah dulu,haa telefon awam lah teman yang sejati.

Cakap sorang-sorang?tak pernah nampak?laa bila memandu cuba jenguk tingkap bila tiba dilampu isyarat,lihat pemandu bersebelahan anda semacam bersyarah sorang-sorangkan?haa dia gunakan handfree/Bluetooth.

Muat-turun?takde masalah..lu pegi jer mana-mana gerai dalam kompleks-kompleks perniagaan sekitar malaysia ini, pilih lah seberapa banyak perisian/lagu-lagu mp3 terkini.Cuma tang harga jer lah wa tak berapa berkenan.Akhbar?haa belek lah mingguan malaysia ker mesti banyak senarai penyedia beserta kategori-kategori muat-turun terkini.Nak lagi senang?lawatlah portal wap..check kat www.jiwang.net ada banyak list portal terbaik dari krew MMUG.



Kehidupan tanpa telefon bimbit?

Kehilangan telefon bimbit?Gua tak pernah lagi merasa kehilangan telefon bimbit(walaupun kerosakan yang sedang gua tanggung ini membiolkan)
akan tetapi bagaikan gelap dunia ini ya.kelihatan seperti anugerah kehidupan sosial kita ditarik balik."your number is no hotline but without it something just not right"[i]-IT exec.


Seorang kenalan lama pernah berkata pada gua "sebelum ada handphone nih,senang kalau nak buat temujanji dengan sesiapa saja..tapi bila dah menggunakannya mulalah..lambat sampailah,jalan jem lah, takde kat opis lah"..Kesimpulannya?telefon bimbit mampu menjadi alat bagi kita mereka alasan dikala kecemasan.Tekan sahaja SMS, antar! mudah...






Nophonephobia

Daya ingatan semakin lemah..dahulu semasa bersekolah kita mampu untuk mengingati sekurang-kurangnya 10 nombor gadis-gadis tercantik disekolahkan?..ya sekarang dengan adanya peti simpanan nombor telefon, tak perlu mengingati lagi!hahah lihat betapa makin malas nya minda kita dalam mengingati nombor!Setidak-tidaknya penggunaan buku telefon tidak diperlukan lagi didalam setiap dompet mat/minah karatz.

gua terjumpa satu lagi [i]terms menarik..Nocallphobia..perasan tak bilamana lu orang asyik ushar-ushar pekat handphone sambil menganggap, anda tidak di sayangi mahupun diingati oleh seseorang?..bayangkan pula yang telefon bimbit anda tidak berdering(ber-poly?) sepanjang hari?boleh jiwa kacau jugalah.


Manusia tanpa talifon bimbit?

ermm setakat ini antara manusia yang gua pernah kenal tak suka guna telefon bimbit adalah seorang pensyarah gua masa belajar kat itm dulu memang tak guna telefon bimbit.Dengar cerita beliau perkara bekerja di CELCOM.entah la nape...err Tun Mahathir juga dalam beberapa wawancaranya juga kurang atau tidak menggunakan telefon bimbit.Tak biase katenyer


Model paling dibenci

Asyik ulas model yang kita suka ye tak?so..ermm model yang paling wa tak berapa berkenaan adalah dari jenis Alcatel..model per?yaa semua model dari jenama tersebut.Puncanya?butang nombor yang terlalu keras serta skrin yg amat-amatlah kecil (sebab tu wa pilih 3660 dan sewaktu dengannya)..lu orang tak setuju?ah lantak korang ah :p

Tempat-tempat/kondisi yang anda akan kelihatan tak semenggah bila menggunakannya

1.Bank -ya, satu bank tersebut boleh mendengar suara anda

2.Perpustakaan -tak paham-paham lagi?

3.Panggung wayang -warna/lampu dari telefon anda amat menganggu orang lain

4.Ketika mendengar khutbah jumaat -erm..pelik-pelik orang zaman skang nih eks

5.Majlis tahlil,zikir -kat sini pun jangan..hormat skit majlis orang

6.Ketika sedang beratur menaiki bas - yelah tgh kita bersesak-sesak, dia lak memekak kat sebelah telinga kita

7.Ketika memandu -sila gunakan handfree/bluetooth





Menarik!

Mengikut sumber dari makalah, seorang wanita bernama Fatema Begum[i], di perkampungan Parulia, Bangladesh, mampu menyara kehidupan sehariannya dengan hanya membenarkan rakan sekampung beliau menggunakan telefon bimbitnya untuk tujuan membuat/menerima panggilan.Ya, dengan kadar yang berpatutanlah.Faktor nya menarik juga kerana hanya beliau yang mempunyai telefon di radius 3 kilometer persegi![i]Tan sri Ananda Krisna mungkin berminat nak buat partnership dengan dia nih ahaks.

Perkembangan laporan penglihatan paranormal menurun semenjak meningkatnya kadar pengunaan telefon bimbit sejak 18 tahun lepas.tah..mungkin makhluk-makhluk paranormal ini agak terganggu dengan frekuensi telefon mudah-alih agaknya.


Penutup
Akhir sekali?arrg,harap-harap wa dapat membaiki telefon bimbit wa dengan kadar belanja yang berpatutan.Duit pun tengah sesak nih, macam-macam dah berlaku pada kehidupan gua sejak akhir-akhir ni.Dah naik sengal dah ni.err mana lak aku nak antar artikel ni..weh,sini boleh ka?ala boleh laa, bukan selalu pun...plss..

sumber:ComputimesShopper,pengalaman terkini aku...[img]http://images.google.com.my/images?q=tbn:zk8UBqv74-YJ:www.astel.be/IMG/jpg/e89.jpg[/img]